Monday, June 28, 2010

..1st anniversary..(",)




..Salam Semua..



..27 Jun 2010 genap setahun alam perkahwinanku dengan suami..



..Semoga.....



..Diberkati hidup kami ..

..Dipanjangkan jodoh dari dunia ke akhirat..

..Diberi kebahagiaan dan persefahaman..

..Kasih sayang di antara kami berkekalan dan bertambah erat..

..Dikurniakan anak2 yang soleh & solehah..

..Dilindungi di bawah lembayung Rahmat, KAsih Sayang, Taufik & HidayahNYA..









p/s: kuar makan malam kat TomYam Klasik je..xtau nak g mane..

Friday, June 25, 2010

..Sup Ketutu..



Salam semua..


..Semalam dah terangkan serba sedikit mengenai ikan ketutu liar..
..Hari ini nak bercerita pulak ketutu yang dah siap dimasak..
..Menu makan malam hari ini adalah sup ikan ketutu..
..Macam2 boleh masak ketutu nie..
..Masak sup, stim, goreng biasa, 3 rasa, sambal..
..Ikut selera kita..
..Tapi kalo orang Cina biasanya diaorang masak sup dan stim..
..Untuk perubatan..kurang minyak dalam masakan..



..Ni la rupa ikan ketutu yang siap dimasak.SUP KETUTU..
..Berat ikan ni 400g..harga ikan hidup 0.4KG x RM30 = RM 12..
..Kalo makan kat restoran, harga sekor ikan nie siap masak dalam RM 30..
..Mau pengsan mase nak bayar pas tu..
..Tu sebab orang melayu jarang sangat makan ikan nie..
..Glamour di kalangan orang cina je..



..Ni pula isi ikan ketutu..
..Struktur dagingnya halus dan berwarna putih..
..Dagingnya sangat lembut, manis dan lazat..



..Dan ini rupa tulang ikan ketutu..
..Tulangnya lain dari ikan biasa..warna jernih..
..Makan memang best..tulang halus xde..



..Walaupun ikan ni mahal tapi banyak khasiat dari ikan nie..
..Untuk perubatan terutama selepas pembedahan sangat la elok..
..Tak akan ada lagi bekas jahitan pada luka..
..Ikan ini berfungsi melancarkan perjalanan darah manusia..
..Memang berbaloi dengan harga..


..Selamat mencuba..

Tuesday, June 22, 2010

::..Ketutu Liar..::



Salam sejahtera semua...


Entry kali ini lain sikit dari biasa..selalu aku suka duk merapu ntah pape..arini aku nak merapu benda yang berfaedah sikit..aku nak bercerita mengenai ikan ketutu..ini merupakan perniagaan sambilan saya dan suami.mungkin ada di antara kita yang tak kenal pun ikan ketutu nie..selain ketutu is juga dipanggil Marble Goby, haruan bodoh, ikan ubi, belantok..


Ikan ini sangat sensitif kepada persekitarannya.. Ikan ini suka tinggal di tempat yang tenang tanpa gangguan dan arus deras air. Ikan ini lebih aktif pada waktu malam. Ketutu akan membesar sebanyak 1kg dalam masa setahun.Ketutu adalah bersifat karnivor dengan memakan anak2 ikan kecil dan udang. Ketutu adalah di antara spesis ikan air tawar yang mempunyai pasaran yang sangat tinggi.Namun faktor kadar pembesaran yang lambat,pembiakan yang terhad, sensitiviti kepada persekitaran dan air merupakan cabaran yang tinggi kepada penternak..














Harga benih ketutu:

  1. 300gram ke bawah : RM30
  2. 400gram -700 gram: RM50
  3. 700gram - 1 Kg : RM80
  4. 1Kg ke atas : RM100


** Harga boleh dirunding..Untuk keterangan lanjut dan penempahan boleh hubungi Omar di talian 013-6807050 @ 013-6217209..

Saturday, June 19, 2010

~~ SeLaMat HaRi BaPa ~~



20 Jun setiap tahun merupakan HAri Bapa..BAPA insan yang paling berharga bagi setiap anak..terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah..siang malam bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anak2 di rumah..tapi di manakah kita apabila mereka telah tua nanti..adakah kita sentiasa disisi mereka sepertimana mereka menjaga kita sewaktu kita kecil dahulu? atau telah dibuangkah mereka dari kamus hidup kita?? Jaga dan sayangilah mereka selagi mana mereka masih ada di dunia ini..dalam kegarangan muka mereka ada terselit kasih sayang yang mungkin tidak kita ketahui..dalam ketegasan sikap mereka ada terselit kelembutan di hati mereka..


..abah dan bapa mertuaku..

terima kasih ABAH di atas semua pengorbananmu kepada kami anak2mu..membesarkan kami menjadi insan yang berguna di dunia ini..melayan kerenah mengada2 kami..Semoga hidupmu sentiasa di bawah limpahan Rahmat dan Kasih SayangNYA..


..SELAMAT HARI BAPA..

Monday, June 14, 2010

Congrate my sis..(",)..


13 Jun 2010..akhirnya adikku NORINA bergelar seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Teknologi Maklumat..Graduasi dari KLMU..adikku sudah konvo aku ni bila lagi..aduhaiii..banyak benda yang tidak memuaskan hati sepanjang majlis bermula..rasa macam kelam kabut sangat..jauh berbeza dengan majlis graduasi dari U lain..mungkin nak save budget..tak tahu la aku..tapi apa2 pun tahniah untuk angah..pasni boleh la cari keje yer..jangan duk umah tanam anggur lagi..hahaha...





p/s: yang sedihnya suami aku tetap tak dapat ikut serta..sedihnya rasa..:(



Friday, June 11, 2010

Kelebihan orang berkahwin..(",)



Salam semua...




lame sudah aku x berblog..al-maklum la bz sikit..chewahh..ntah ape yang bz aku pun x tau..dah jadi isteri orang nie dah banyak tanggungjawabnya..walaupun penat tapi kadang2 rasa seronok..ditambah pula kalo dah ada anak..lagi seronok..penat pun hilang bila tenguk telatah anak2..


Aku ada dapat 1 email dari seorang sahabat..bercerita tentang hadith Rasullah..dan yang paling membuat aku teruja mengenai kelebihan orang yang telah berkawin..so aku pun nak kongsi pada semua rakan blog aku di sini..


Antara Sabda Rasullah S.A.W dalam banyak2 hadith adalah:

  • sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
  • Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya adalah lebih baik daripada isteri itu mengerjalan haji umrah.
  • Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya adalah lebih baik baginya daripada mengerjakan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  • Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
  • Seorang wanita yang soleh itu lebih baik daripada seribu orang laki-laki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu, maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya delapan pintu syurga dari pintu mana dia mahu masuk bebas tanpa hisab.

MASYAALLAH...terlalu banyak pahala seorang insan bila telah mendirikan rumah tangga..tapi semua 2 kena la buat dengan kerelaan dan keikhlasan hati..bukan paksaan dan ungkitan..so bagi sesiapa yang belum kawin 2 cepat2 la kawin..jangan lambat2..pahala orang yang berkahwin belipat kali ganda berbanding dengan orang yang belum kawin..


Thursday, June 3, 2010

..Info mencegah kanser..





Setiap hari aku akan bace surat khabar..dan semalam aku baca 1 info yang sangat menarik dari Harian Metro untuk kita kongsi bersama..KAEDAH MENCEGAH KANSER..bila sebut je pasal kanser..sume orang akan jadi takut..kanser menjadi pembunuh kedua selepas kemalangan jalan raya di negara kita..Menurut Persatuan Kanser Amerika Syarikat dalam tahun 2004, lebih dari 150 000 orang mati akibat kanser. Ini bermakna 1 500 orang mati dalam masa 1 hari akibat kanser..Sangat menakutkan..Lebih2 lagi kita ni orang perempuan..macam2 penyakit mudah menyerang kita..aku yang masih muda pun dah ade penyakit..nasib baik dapat kesan awal..kalo x mesti dah jadi kanser gak..NAUZUBILLAH..

Namun berita baik mengenai kanser, ia mampu dicegah..Berikut adalah langkah2 dalam usaha mencegah bahaya kanser.. Panduan ini telah dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia..

ikhsan dari Mr. Google


pertama : pilih diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan sayur2an, buah2an kekacang dan kurangkan makanan berkanji yang diproses.

kedua : Dapatkan berat badan ideal. Elakkan dari kekurangan atau berlebihan berat badan. Elakkan kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko tinggi untuk menghidapi kanser.

ketiga : Lakukan senaman ringan ketika anda melakukan kerja di pejabat.. Jangan terlalu lama duduk tanpa melakukan sebarang aktiviti senaman ringan..memadai dengan berjalan sebentar..

keempat : Lebihkan hidangan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran..Makanan ini melindungi daripada kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, payudara, hempedu, dan pankreas.

kelima : Kurangkan pengambilan makan bergula dan gula yang diproses.Lebihkan makanan daripada 7 hidangan terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi..
keenam : Hadkan pengambilan daging merah dan seelok-eloknya pilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan.

ketujuh : Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana dan hadkan pengambilan makanan berlemak terutama dari sumber haiwan..

kelapan : Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan kurangkan garamdalam masakan.. gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa..

kesembilan : Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat kerana aflatokesin dan mikroorganisma dalam kulat boleh mengundang bahaya kanser hati..

kesepuluh : Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk.. ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan keperluan garam sebagai pengawet sekaligus mengurangkan risiko kanser perut..

kesebelas : Kurangkan makanan yang disalai..makanan salai terutama daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan kanser..

keduabelas : Jangan merokok atau mengunyah tembakau..Berhentilah merokok kerana ia banyak mendatangkan mudharat kepada kesihatan anda..

ketigabelas : Tidak perlu diet supplemen bagi yang patuh semua saranan di atas.. para penyelidik juga tidak menyaranakan pengambilan supplemen sebagai usaha mencegah kanser kerana suplemen yang menggabungkan pelbagai kombinasi dan dos belum dijamin berkesan..


Sama-sama la kita mencegah daripada diserang kanser..MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..Bila dah sakit duit banyak pun dah x guna..hargailah kesihatan anda semua..renung-renungkan..selamat beramal..hehe..


sumber: Dipetik dari Harian Metro keluaran 2 JUN 2010 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


Wednesday, June 2, 2010

Tag Ser..(",)


oowwwwhhh ser..ko telah tag aku..aku jawab nie yerk..

Soalan pertama: adakah anda rasa anda hot?
Hot??? oohhh no..aku x rasa aku nie hot..

Soalan ke-2: upload wallpaper yang anda guna sekarang.
pink rose..


Soalan ke-3: cerita pasal wallpaper tersebut.
rose sangat cantik..2 sbb aku sangat suka rose....jiwa jiwang..hehe..

Soalan ke-4: bila kali terkahir anda makan pizza?
5-1-2010..g makan pizza dengan suami dan kawan2 dia..orang belanja..sangat best..

Soalan ke-5: lagu paling latest anda dengar.
Pada Syurga di Wajah nyanyian Nash..sangat suke dengar lagu 2..

Soalan ke-6: apa yang anda buat selain menyelesaikan tag.
banyak keje nak kena wat..tapi tetap layan tag..

Soalan ke-7: selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Along..sume orang panggil aku kak long di kalangan family besar aku..sampaikan anak2 buah pun panggil Kak Long..bukan nak panggil Cik Nor..heisyh3x..terasa muda..hahaha..

Soalan ke-8: tag lagi lapan orang.
Alamak aiii..x tau la nak tag sape..

Soalan ke-9: siapakah orang nombor 1 kepada anda.
Suamiku..dia la segala-galanya bagiku..teman di kala senang & susah..thank hubby..

Soalan ke-10: katakan sesuatu kepada orang nombor 5.
Study smart..jangan memain je tau..

Soalan ke-11: nombor 3 ada hubungan dengan siapa?
Dengan aku la..dia la satu2 nya adik pempuan aku..

Soalan ke-12: bagaimana pula dengan nombor 4?
Eddy..sekarang study kat IIC gombak..dah lame x jumpa dia..miss him..

Soalan ke-13: pesanan kepada orang nombor 6.
Wat coding molek2..jgn pening2..senyum selalu..

Soalan ke-14: kata-kata cinta untuk orang nombor 2.
Syang sangat kamu..Kamu la nyawaku dunia & akhirat..

Soalan ke-15: adakah nombor 7 dan nombor 8 mempunyai persamaan?
iyer..mereka 1 bilik..tido same2..duk dalam lab pun sebelah2..hahaha..

Soalan ke-16: berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang yang mengetag anda.
oooo...ser yerk..
selalu senyum..tapi x suka tengok kalo tengah masam..
tengah wat coding MATLAB jugak..
minah rempit & minah kete versi sopan..hehe
suke duk pening2..ntah ape yang dia pk aku pun x tau..
**jangan marah yer ser..hehe..**

Soalan ke-17: ser...mane soalan no 17???
???

Soalan ke-18: perasaan anda semasa buat tag ini.
bermalas-malasan..banyak sangat soalan la ser..penat nk taip..

Soalan ke-19: adakah anda tau si razman itu sengal?
Aku x kenal pun sape itu RAZMAN..

Soalan ke-20: gay or less?
Oh nooo...aku adalah wanita sejati..yang mencintai seorang lelaki..

ok..siap..selamat mengomen yerk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails