Saturday, July 24, 2010

Petua cantik secara tradisional..



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..


Semua orang nak kelihatan cantikkan..tipu la kalo orang kate dia tak nak cantik..macam2 cara orang akan lakukan demi tuk cantik..sampaikan ada yang sanggup wat perkara yang terlarang oleh agama..dan tak kurang juga yang mencuba pelbagai jenis produk.. macam2 produk ada di pasaran sekarang nie..sampaikan kita pun tak tau nak pilih mana satu yang baik..dan yang paling penting sekali adalah kewangan kita..kadang2 rase macam tak mampu je nak beli..sebenarnya ada perkara yang paling mudah dan murah untuk menjaga kecantikan kita nie..buat kat rumah je..kos pun x mahal..dan yang paling penting xde bahan yang diragui..mudah je..


Kulit halus, gebu dan licin:

  1. Ambil sebiji tomato kemudia kisar sehingga halus. Lumurkan pada muka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bersihkan muka dengan air suam.
  2. Ambil sedikit asam jawa. Campurkan dengan 1 sudu tepung ubi dan air.Kacau sebati bahan tadi. Jangan bancuh terlalu cair. Lumurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.
  3. Parut sebiji tomato atau epal. Gosok hasil parutan tadi pada muka dan leher. Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
  4. Ambil segelas susu segar. Sapukan pada muka, biarkan melekit dan kering. Cuci dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.
Kulit Tegang:

  1. Ambil 1 sudu tepung ubi kayu. Hancur lumat timun. Tambahkan air. Jangan bancuh terlalu cair. Sapu pada muka dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air bersih.
Hilangkan Jerawat pada muka:

  1. Ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan bedak sejuk. Atau ambil sebatang kayu manis dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada jerawat.
Elakkan kulit muka berkedut:

  1. Bersihkan lobak merah. Parut. Ambil sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau sebati. Lakukan sekali sehari.
Hilangkan parut di muka:

  1. Ramas2 daun senduduk sehingga keluar air. Gosok pada parut jerawat.


Selamat mencuba..rajin-rajinkan la diri anda sekiranya anda ingin kelihatan cantik dan berseri..



p/s: sumber dari harian metro keluaran 24 Julai 2010.

4 comments:

Illiana Hidayah said...

thanx 4 sharing!

sarah shafie said...

hehe..aku pn nk cntik jgk..

Syikin said...

rajin2 la wat petua nie..

M a W a D D a H said...

sharing is caring...lalala

Post a Comment

nak kritik?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails