Showing posts with label bisness. Show all posts
Showing posts with label bisness. Show all posts

Friday, November 12, 2010

ternakan baru...

Assalamualaium...


Sana sini orang sibuk berniaga..
Aku pun tak terkecuali..
Ini la perniagaan baru kami suami isteri..
Kembangkan lagi jenis perniagaan..
Perniagaan sampingan untuk menambahkan pendapatan..
Zaman sekarang sume barang dah naik..
Kalo nak hidup senang kena la keje lebih sikit..
Dari keje secara kecil-kecilan..
Semoga rezeki kami bertambah..
Dapat la buat secara besar-besaran..
INSYAALLAH..



..ini itik baru sampai dari ladang..


..setelah sebulan..


..jumlah kesemua itik peliharaan 60 ekor..




..setelah 2 bulan..berat 3kG..



Hidup nie jangan tertumpu pada 1 bidang pekerjaan saje..
walaupun aku belajar dalam bidang Wireless..
tapi aku tetap tau kerja-kerja kampung..
Walau di mana jua aku tercampak..
InsyaALLAH aku masih boleh meneruskan hidup..

Sunday, July 4, 2010

..Syukur padaNYA..


Salam Semua


..Apabila tabah menghadapi sesuatu dugaan..

..Ada hikmah menanti di masa hadapan..

..Datangnya rezeki dari yang MAHA ESA..

..Bersyukurlah dengan setiap pemberianNYA..




hasil jualan hari ini..ALHAMDULILLAH




Friday, June 25, 2010

..Sup Ketutu..



Salam semua..


..Semalam dah terangkan serba sedikit mengenai ikan ketutu liar..
..Hari ini nak bercerita pulak ketutu yang dah siap dimasak..
..Menu makan malam hari ini adalah sup ikan ketutu..
..Macam2 boleh masak ketutu nie..
..Masak sup, stim, goreng biasa, 3 rasa, sambal..
..Ikut selera kita..
..Tapi kalo orang Cina biasanya diaorang masak sup dan stim..
..Untuk perubatan..kurang minyak dalam masakan..



..Ni la rupa ikan ketutu yang siap dimasak.SUP KETUTU..
..Berat ikan ni 400g..harga ikan hidup 0.4KG x RM30 = RM 12..
..Kalo makan kat restoran, harga sekor ikan nie siap masak dalam RM 30..
..Mau pengsan mase nak bayar pas tu..
..Tu sebab orang melayu jarang sangat makan ikan nie..
..Glamour di kalangan orang cina je..



..Ni pula isi ikan ketutu..
..Struktur dagingnya halus dan berwarna putih..
..Dagingnya sangat lembut, manis dan lazat..



..Dan ini rupa tulang ikan ketutu..
..Tulangnya lain dari ikan biasa..warna jernih..
..Makan memang best..tulang halus xde..



..Walaupun ikan ni mahal tapi banyak khasiat dari ikan nie..
..Untuk perubatan terutama selepas pembedahan sangat la elok..
..Tak akan ada lagi bekas jahitan pada luka..
..Ikan ini berfungsi melancarkan perjalanan darah manusia..
..Memang berbaloi dengan harga..


..Selamat mencuba..

Tuesday, June 22, 2010

::..Ketutu Liar..::



Salam sejahtera semua...


Entry kali ini lain sikit dari biasa..selalu aku suka duk merapu ntah pape..arini aku nak merapu benda yang berfaedah sikit..aku nak bercerita mengenai ikan ketutu..ini merupakan perniagaan sambilan saya dan suami.mungkin ada di antara kita yang tak kenal pun ikan ketutu nie..selain ketutu is juga dipanggil Marble Goby, haruan bodoh, ikan ubi, belantok..


Ikan ini sangat sensitif kepada persekitarannya.. Ikan ini suka tinggal di tempat yang tenang tanpa gangguan dan arus deras air. Ikan ini lebih aktif pada waktu malam. Ketutu akan membesar sebanyak 1kg dalam masa setahun.Ketutu adalah bersifat karnivor dengan memakan anak2 ikan kecil dan udang. Ketutu adalah di antara spesis ikan air tawar yang mempunyai pasaran yang sangat tinggi.Namun faktor kadar pembesaran yang lambat,pembiakan yang terhad, sensitiviti kepada persekitaran dan air merupakan cabaran yang tinggi kepada penternak..














Harga benih ketutu:

  1. 300gram ke bawah : RM30
  2. 400gram -700 gram: RM50
  3. 700gram - 1 Kg : RM80
  4. 1Kg ke atas : RM100


** Harga boleh dirunding..Untuk keterangan lanjut dan penempahan boleh hubungi Omar di talian 013-6807050 @ 013-6217209..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails