Thursday, December 23, 2010

~~yang penting kerjasama~~

Assalamualaikum....


Dalam hidup ini banyak perkara yang berlaku..
tanpa kita duga dan jangka pasti akan berlaku..
oleh itu bersiap la kita untuk hadapi sesuatu perkara..

Apabila kita memahami masalah yang ditimpa oleh orang lain..
dan kita bertolak ansur dengan sesuatu..
pasti kebaikan akan kita temui..
kerana kita tidak tahu perkara yang bakal kita lalui di masa hadapan..

jangan sombong berjalan di muka bumi ALLAH ini..
jadilah hambaNYA yang sentiasa tunduk kepadaNYA..
apabila kita berbaik sesama manusia..
ALLAH juga akan berbaik dengan kita..
dan apa yang paling penting ialah...
KERJASAMA...
yang akan membawa keharmonian dan kebahagiaan hidup..
di dunia dan akhirat...

Tuesday, December 7, 2010

Permulaan yang baik...



Assalamualaikum....



Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam di dunia..
Tercapai ke azam tahun lepas?
Semoga segala azam tahun lepas sudah tercapai..
Mana2 yang masih belum tercapai tue usahakn untuk dicapai di tahun ini..
Dan apa pula azam baru tahun nie??

Bagi diriku semoga kehidupan tahun ini lebih bermakna..
semoga ada rezeki kami tahun nie..
rezeki dari segi kewangan, zuriat, kasih sayang dan keimanan padaNYA..

Sempena sambutan maal hijrah DUN BUKIT BARU ada mengadakan aktiviti untuk penduduk setempat..
TREASURE HUNT GO to GREEN..
ada 15 soalan..
memang la mencabar minda..
ada juga yang tak masuk diakal jawapannya..
tapi itu lah yang dinamakan logik akal..
kreativiti berfikir..
dan segala penat lelah sangat la berbaloi..
kami dapat tempat ke-4..
tak sia2 pergi..
walaupun penat tapi sangat la seronok..




muka penat..nasib baik la cuaca tak panas..



hadiah kami..rice cooker & iron



p/s: semoga rezeki permulaan tahun ini akan mengubah kehidupan kami ke arah yang lebih baik...




Thursday, December 2, 2010

Lega sudah..



Assalamualaikum...



Alhamdulillah selamat dah menghadiri temuduga pegawai pendidikan pengajian tinggi semalam..sebelum pergi memang la sangat2 berdebar..samoai tak tertelan mee goreng waktu bersarapan..tapi bila dah masuk bilik temuduga hilang semua rasa gemuruh tue..jawab je la semua soalan yang ditanya..walaupun tak berapa nak tau hentam je la..yang penting idea tu logik dan cara kita bercakap mestilah dengan yakinnya..

sekarang ni tinggal berserah je padaNYA..mudah2an ada rezeki aku nanti..tak mau la aku jadi penganggur yang terpelajar lama2..bosan dah menghadap benda yang sama setiap hari..

p/s: tak sabar nak merantau tempat orang..


Sunday, November 21, 2010

antara 2..mana pilihanku..



Assalamualaikumm...



Antara dua dilema..
Mana harusku pilih..
Wang ringgit @ masa depan yang gemilang..
Aku tak akan sia-siakan masa depanku..
Hanya untuk wang yang untuk sementara ini..
Aku perlu berkorban..
Kerana masa depanku lebih bernilai dari segalanya..


p/s: 1 ari je part time, rasa tak boleh bahagikan masa antara kerja & belajar....



Monday, November 15, 2010

semoga ada rezekiku....



Salam..



Terkejut dapat surat pagi tadi..
Surut temuduga kerajaan di PUTRAJAYA..
Gembira seketika hati..
banyak sangat minta kerja..
tapi 1 pun belum panggil temuduga..


aku bermohon:
Semoga dipermudahkan segala urusan..
Dimurahkan rezeki..
Semoga aku dapat jawatan ini..
Jawatan yang diidamkan selama ini..
AMIN YA RABBALALAMIN...

Friday, November 12, 2010

ternakan baru...

Assalamualaium...


Sana sini orang sibuk berniaga..
Aku pun tak terkecuali..
Ini la perniagaan baru kami suami isteri..
Kembangkan lagi jenis perniagaan..
Perniagaan sampingan untuk menambahkan pendapatan..
Zaman sekarang sume barang dah naik..
Kalo nak hidup senang kena la keje lebih sikit..
Dari keje secara kecil-kecilan..
Semoga rezeki kami bertambah..
Dapat la buat secara besar-besaran..
INSYAALLAH..



..ini itik baru sampai dari ladang..


..setelah sebulan..


..jumlah kesemua itik peliharaan 60 ekor..




..setelah 2 bulan..berat 3kG..



Hidup nie jangan tertumpu pada 1 bidang pekerjaan saje..
walaupun aku belajar dalam bidang Wireless..
tapi aku tetap tau kerja-kerja kampung..
Walau di mana jua aku tercampak..
InsyaALLAH aku masih boleh meneruskan hidup..

Saturday, October 30, 2010

Lama kita x berjumpa kan...

salam sejahtera...


cuti sekolah dh nk bermula..
bermula la episod kenduri kawin sana sini..
arini kawan sekolah menengah aku kawin..
SITI MUSLIHA..
lame sgt x jumpe dia..
rase2 habis sekolah je terus x jumpa lagi..
muka tetap sama x banyak yang berubah..



Selamat Pengantin Baru Emoi..
Semoga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat..
Selamat menempuh alam baru..
Alam perkahwinan yang penuh dengan pancaroba..
Tabahkan hati dan kuatkan iman..
Semoga Bahagia di dunia dan akhirat..

Tuesday, October 19, 2010

Apabila aku x larat..

Salam...



batuk..pening..demam...

semua simptom menyebabkan aku lemah..

lemah tuk wat apa2 keje..

terutama menelaah pelajaran..

semoga sakitku segera sembuh..

supaya aku boleh meneruskan perjuanganku..



Thursday, September 30, 2010

~~Rezeki Malam Jumaat~~



Assalamualaikum...



Alhamdulillah..rezeki tanpa disangka-sangka..tiba-tiba dapat mesej dari seseorang tawarkan keje..dapat gak keje walaupun separuh masa..daripada aku duk goyang kaki kat umah tanpa faedah baik aku keje..ada gak duit masuk bulan-bulan..boleh gak menambahkan pengalaman..sebelum aku dapat keje tetap..


MASTER??? InsyaALLAH akan berjalan seperti biasa..akan aku perjuangkannya jua..walaupun aku dah tahap putus asa sekarang..chaiyok2..sikit jer lagi..sabarlah wahai hati..kejayaan pasti menanti di hadapan..

Tuesday, September 21, 2010

Cemburukah aku???

Salam Sekalian Sahabat.....


Cemburu tengok orang berjaya..
Cemburu tengok orang dah habis research..
Cemburu tengok orang berVIVA..

Perlukah perasaan itu semua..
Cemburu dengan orang lain..
Cemburu dengan kejayaan orang..

Tetapi,,,
Demi masa depan..
Tak salah perasaan itu..
Sebagai semangat untuk berjaya..
Seperti mereka yang lain..

Semoga...
1 ari nanti..
Aku akan berjaya seperti orang lain..
Berjaya mencapai apa yang diimpikan..


AMIN...
YA RABBAL ALAMIN..

Saturday, August 28, 2010

..Malam LailatulDadar..



Assalamualaikum....



Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi pada tahun ini..pejam celik dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan.sekejap je masa berlalu...10 malam terakhir ni la yang harus kita rebut..Malam LailatuQadar..

Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam-malam ganjil sepuluh terakhir Ramadhan” (HR Bukhari)

Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)

Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.

اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني

"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."


..ehsan google..

Di antara amalan-amalan yang dilakukan pada 10 malam terakhir ialah:

1. Mencari malam LailatuQadar (kemuliaan)

Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)

2. I'tikaf

I’tikaf ertinya mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT. Perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika beri'tikaf ialah dengan memperbanyakkan ibadah sunnat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, solawat dan doa.

3. Solat-solat sunat

Di antara solat-solat sunat ialah:
  1. solat tahajud
  2. solat tasbih
  3. solat taubat
  4. solat hajat
  5. solat witir

4. Membaca Al-Quran

5. Selawat ke atas Rasullah S.A.W

Sabda Nabi SAW : “Manusia paling utama bersamaku pada hari kamat ialah orang yang paling banyak bersolawat kepadaku”. (HR at-Tirmizi)

6. Doa dan zikir

Maksud sabda Nabi SAW : Waktu paling hampir bagi Tuhan kepada seorang hamba ialah pada bahagian malam yang akhir. Jika kamu sanggup berada di antara orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka buatlah”. (HR Abu Daud & at-Tirmizi)



Sama-samalah kita merebut kelebihan dan keistimewaan yang telah diberikan kepada kita..semoga Ramadhan kita pada kali ini memberi lebih keberkatan dan rahmat untuk kita semua kerana belum tentu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang..Selamat beramal....

Saturday, August 14, 2010

Banjir oh banjir...



Assalamualaikum...


rumah aku a.k.a rumah mertua aku dilanda banjir...
sedar-sedar je pagi air dah masuk dalam umah..
nasib la banjir tak lama..
best juga main air nie..
dah lama tak banjir..
dan ada juga yang ambil kesempatan tak sekolah..
hehehe...






dan x ketinggalan juga..
ikan-ikan peliharaan aku dan suami dalam kolam..
banyak yang melompat keluar..
jenuh gak nak cari..
nasib baik ikan ketutu tak melompat..
tu yang paling penting...








Peraduan: Copy & Paste Raya


Assalamualaikum


Peraduan yang menarik dan sangat mudah...just copy & paste..:)









Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..


Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com


mudah je kan..jom sertai sekarang..


p/s: best2..saya nak juga..boleh la bergaya di pagi raya nanti..





Thursday, August 12, 2010

RamaDHan Al-Mubarak

Assalamualaikum....




BErsederhanalah dalam berbelanja..

Bersederhanalah dalam menjamu selera..

tetapi Tambahkanlah Amalan di bulan yang mulia ini..

Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan..

Selamat MEnyambut Ramadhan Al-Mubarak..

Tuesday, August 3, 2010

Aktiviti Hujung Minggu..



Assalamualaikum dan salam sejahtera...


..Lama tak balik kampung jengah nenek..
..bile ada masa lapang boleh la melawat nenek..
..dan salah satu aktiviti kami ialah memancing..
..yang nie aktiviti memungut lumut tuk makanan ikan di kolam..






..dan yang ini hasil tangkapan kami..
..tapi memancing kat tempat lain..



p/s: seronok gak memancing nie..hilang seketika tekanan kerja..

Wednesday, July 28, 2010

layak ke aku nie....

Assalamualaikum....



pagi Isnin yg dingin..tibe2..tut..tut..tut..tut..Mr. Riduan call...


Mr. Riduan: kamu kat mane..
Aku: kat umah lg en..baru nak g lab..(padahal lum mandi lg, hehe)
Mr. Riduan: esok kamu kena bagi talk kat MSU..
Aku: (terkedu seketika)..saya je ke yang kena..
Mr. Riduan: Kamu, Mawaddah and Sarim...


Alamak aiii...berat tul tugasan kali nie..x pernah oooo aku bagi talk kat orang ramai..dengar talk 2 memang selalu la...aduiii..kepala mula dah pening..



Pagi Selasa...awal2 pagi dah gerak g MSU (Management & Science University).. kamous baru..lum siap sepenuhnya...masuk2 je dalam dewan..alamak aiii..ramainya orang..dewan memang la sangat besar..mula la kecut perut aku nie..macam2 rase ade..tapi kugagahi jua..hehe..ni la hasilnya..




..Mr. Sarim, kalo cakap memang meletup..

..Ni la aku..poyos je muka..

..cik mawaddah, cool je..


Present memang la kelam kabut..ayat tonggang langgang aku rase..hahaha..xpe la..demi pengalaman..kalo x macam nie sampai bila pun tetap takut menghadap orang ramai..ALHAMDULILLAH seua berjalan lancar...



p/s: practice make perferct..mana la tau dapat jadi lecturer kat MSU lak pasni..hehe..

Saturday, July 24, 2010

Petua cantik secara tradisional..



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..


Semua orang nak kelihatan cantikkan..tipu la kalo orang kate dia tak nak cantik..macam2 cara orang akan lakukan demi tuk cantik..sampaikan ada yang sanggup wat perkara yang terlarang oleh agama..dan tak kurang juga yang mencuba pelbagai jenis produk.. macam2 produk ada di pasaran sekarang nie..sampaikan kita pun tak tau nak pilih mana satu yang baik..dan yang paling penting sekali adalah kewangan kita..kadang2 rase macam tak mampu je nak beli..sebenarnya ada perkara yang paling mudah dan murah untuk menjaga kecantikan kita nie..buat kat rumah je..kos pun x mahal..dan yang paling penting xde bahan yang diragui..mudah je..


Kulit halus, gebu dan licin:

  1. Ambil sebiji tomato kemudia kisar sehingga halus. Lumurkan pada muka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bersihkan muka dengan air suam.
  2. Ambil sedikit asam jawa. Campurkan dengan 1 sudu tepung ubi dan air.Kacau sebati bahan tadi. Jangan bancuh terlalu cair. Lumurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.
  3. Parut sebiji tomato atau epal. Gosok hasil parutan tadi pada muka dan leher. Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
  4. Ambil segelas susu segar. Sapukan pada muka, biarkan melekit dan kering. Cuci dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.
Kulit Tegang:

  1. Ambil 1 sudu tepung ubi kayu. Hancur lumat timun. Tambahkan air. Jangan bancuh terlalu cair. Sapu pada muka dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air bersih.
Hilangkan Jerawat pada muka:

  1. Ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan bedak sejuk. Atau ambil sebatang kayu manis dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada jerawat.
Elakkan kulit muka berkedut:

  1. Bersihkan lobak merah. Parut. Ambil sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau sebati. Lakukan sekali sehari.
Hilangkan parut di muka:

  1. Ramas2 daun senduduk sehingga keluar air. Gosok pada parut jerawat.


Selamat mencuba..rajin-rajinkan la diri anda sekiranya anda ingin kelihatan cantik dan berseri..



p/s: sumber dari harian metro keluaran 24 Julai 2010.

Friday, July 23, 2010

Khabar gembira..



Salam Sekalian...


Baru je dapat khabar gembira dari adik..

dah mengandung pun dia..

5 minggu..

setelah 2 tahun menunggu..

akhirnya berhasil juga..

sekarang nie tunggu giliran aku lak..

insyaALLAH mana la tau..

pasni aku berjangkit lak..

semoga angah selamat dalam apa keadaan pun..

AMIN..



p/s: pasni dapat la gelaran cik ikin..anak buah pertama dalam keluarga

Tuesday, July 20, 2010

TQ ADAH..


Salam Sekalian..


..Rase2 macam x sesuai je dapat award nie..
..Tapi dah orang bagi terima dengan hati terbuka..
..dah lame cik MAWADDAH bagi award nie kat aku..
..disebabkab aku malas nak update entry..
..so lambat la cikit yer..





..TQ adah..

Berjayakah aku???



salam sekalian..


..Berjayakah aku dalam hidup nie..
..Banyak sungguh dugaannya..
..Kepala dah pening nie..
..x tau la apa yg difikirkan..
..Jeles tengok orang lain dah hantar tesis..
..chaiyok2..
..sikit je lagi..
..Semoga aku berjaya di masa hadapan..

Wednesday, July 14, 2010

Hujan Rahmat..


..Salam Sekalian..


..Lama dah tak hujan kat sini..

..Apabila turunnya hujan dari Ilahi..

..Suatu rahmat untuk sekalian alam..

..Manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan bersyukur atas nikmatNYA..

..Terima kasih Ya ALLAH atas segala nikmatMU..




p/s: nie yg wat aku mls nak g lab..hehe..alasan..





Tuesday, July 13, 2010

Kepanasan melanda..



..Salam sekalian...



..kemana la kamu wahai penghawa dingin..

..aku dah kepanasan duk dalam makmal nie..

..dah la tengah tuttt..


..lagilah aku panaaas..

..cepatlah kembali memberi baktimu..

..aku amat memerlukanmu..



ehsan google


p/s: ini semua alasan aku malas nak wat keje..hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails