Saturday, August 28, 2010

..Malam LailatulDadar..



Assalamualaikum....



Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi pada tahun ini..pejam celik dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan.sekejap je masa berlalu...10 malam terakhir ni la yang harus kita rebut..Malam LailatuQadar..

Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam-malam ganjil sepuluh terakhir Ramadhan” (HR Bukhari)

Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)

Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.

اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني

"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."


..ehsan google..

Di antara amalan-amalan yang dilakukan pada 10 malam terakhir ialah:

1. Mencari malam LailatuQadar (kemuliaan)

Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)

2. I'tikaf

I’tikaf ertinya mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT. Perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika beri'tikaf ialah dengan memperbanyakkan ibadah sunnat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, solawat dan doa.

3. Solat-solat sunat

Di antara solat-solat sunat ialah:
  1. solat tahajud
  2. solat tasbih
  3. solat taubat
  4. solat hajat
  5. solat witir

4. Membaca Al-Quran

5. Selawat ke atas Rasullah S.A.W

Sabda Nabi SAW : “Manusia paling utama bersamaku pada hari kamat ialah orang yang paling banyak bersolawat kepadaku”. (HR at-Tirmizi)

6. Doa dan zikir

Maksud sabda Nabi SAW : Waktu paling hampir bagi Tuhan kepada seorang hamba ialah pada bahagian malam yang akhir. Jika kamu sanggup berada di antara orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka buatlah”. (HR Abu Daud & at-Tirmizi)



Sama-samalah kita merebut kelebihan dan keistimewaan yang telah diberikan kepada kita..semoga Ramadhan kita pada kali ini memberi lebih keberkatan dan rahmat untuk kita semua kerana belum tentu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang..Selamat beramal....

Saturday, August 14, 2010

Banjir oh banjir...



Assalamualaikum...


rumah aku a.k.a rumah mertua aku dilanda banjir...
sedar-sedar je pagi air dah masuk dalam umah..
nasib la banjir tak lama..
best juga main air nie..
dah lama tak banjir..
dan ada juga yang ambil kesempatan tak sekolah..
hehehe...






dan x ketinggalan juga..
ikan-ikan peliharaan aku dan suami dalam kolam..
banyak yang melompat keluar..
jenuh gak nak cari..
nasib baik ikan ketutu tak melompat..
tu yang paling penting...








Peraduan: Copy & Paste Raya


Assalamualaikum


Peraduan yang menarik dan sangat mudah...just copy & paste..:)









Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..


Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com


mudah je kan..jom sertai sekarang..


p/s: best2..saya nak juga..boleh la bergaya di pagi raya nanti..





Thursday, August 12, 2010

RamaDHan Al-Mubarak

Assalamualaikum....




BErsederhanalah dalam berbelanja..

Bersederhanalah dalam menjamu selera..

tetapi Tambahkanlah Amalan di bulan yang mulia ini..

Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan..

Selamat MEnyambut Ramadhan Al-Mubarak..

Tuesday, August 3, 2010

Aktiviti Hujung Minggu..



Assalamualaikum dan salam sejahtera...


..Lama tak balik kampung jengah nenek..
..bile ada masa lapang boleh la melawat nenek..
..dan salah satu aktiviti kami ialah memancing..
..yang nie aktiviti memungut lumut tuk makanan ikan di kolam..






..dan yang ini hasil tangkapan kami..
..tapi memancing kat tempat lain..



p/s: seronok gak memancing nie..hilang seketika tekanan kerja..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails