Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, June 25, 2010

..Sup Ketutu..



Salam semua..


..Semalam dah terangkan serba sedikit mengenai ikan ketutu liar..
..Hari ini nak bercerita pulak ketutu yang dah siap dimasak..
..Menu makan malam hari ini adalah sup ikan ketutu..
..Macam2 boleh masak ketutu nie..
..Masak sup, stim, goreng biasa, 3 rasa, sambal..
..Ikut selera kita..
..Tapi kalo orang Cina biasanya diaorang masak sup dan stim..
..Untuk perubatan..kurang minyak dalam masakan..



..Ni la rupa ikan ketutu yang siap dimasak.SUP KETUTU..
..Berat ikan ni 400g..harga ikan hidup 0.4KG x RM30 = RM 12..
..Kalo makan kat restoran, harga sekor ikan nie siap masak dalam RM 30..
..Mau pengsan mase nak bayar pas tu..
..Tu sebab orang melayu jarang sangat makan ikan nie..
..Glamour di kalangan orang cina je..



..Ni pula isi ikan ketutu..
..Struktur dagingnya halus dan berwarna putih..
..Dagingnya sangat lembut, manis dan lazat..



..Dan ini rupa tulang ikan ketutu..
..Tulangnya lain dari ikan biasa..warna jernih..
..Makan memang best..tulang halus xde..



..Walaupun ikan ni mahal tapi banyak khasiat dari ikan nie..
..Untuk perubatan terutama selepas pembedahan sangat la elok..
..Tak akan ada lagi bekas jahitan pada luka..
..Ikan ini berfungsi melancarkan perjalanan darah manusia..
..Memang berbaloi dengan harga..


..Selamat mencuba..

Friday, May 28, 2010

APAM BENGAWAN SOLO



Hari nie aku nk berkongsi resepi ngan kalian semua..kuih Apam Bengawan Solo..xtau la kenapa nama macam tu..asal dari tanah jawa kot..resepi ni mama aku yang ajar..dia belajar semasa menghadiri kursus KEMAS..mudah sangat nak wat kuih nie..


Mula2 kite buat inti dahulu..kelapa parut, gula pasir, gula melaka, sedikit garam..masak dalam kuali bahan2 ni semua sehingga garing..bila dah garing taburkan sedikit tepung gandum..gaul rata sehingga masak..siap..


..inti kelapa..


Bahan-bahan untuk kuih lak:
  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan tepung beras
  3. 1 cawan gula
  4. 2 1/2 cawan air
  5. 1/2 cawan minyak
  6. 1 bungkus mauripan
  7. pewarna - hijau & merah
  8. garam secukup rase

cara-caranya ialah.. campurkan semua bahan di atas..Kacau sehingga rat..Adunan dibahagi kepada 2 bahagian dan warnakan setiap adunan....Biarkan adunan selama 1/2 jam sehinggan ia naik..


..aduan dibahagi kpd 2 warna..


Masukkan adunan ke dalam acuan..selang selikan warna..letakkan inti kelapa di tengah2 selangan warna td..


..adunan di dalam acuan..


Kukus selama 10 minit..dah siap..mudahkan..


..siap untuk dimakan..


kuih ni sangat sedap..boleh dimakan oleh semua golongan termasuk mereka yang x de gigi..hehe..


~~SELAMAT MENCUBA..~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails