Thursday, December 23, 2010

~~yang penting kerjasama~~

Assalamualaikum....


Dalam hidup ini banyak perkara yang berlaku..
tanpa kita duga dan jangka pasti akan berlaku..
oleh itu bersiap la kita untuk hadapi sesuatu perkara..

Apabila kita memahami masalah yang ditimpa oleh orang lain..
dan kita bertolak ansur dengan sesuatu..
pasti kebaikan akan kita temui..
kerana kita tidak tahu perkara yang bakal kita lalui di masa hadapan..

jangan sombong berjalan di muka bumi ALLAH ini..
jadilah hambaNYA yang sentiasa tunduk kepadaNYA..
apabila kita berbaik sesama manusia..
ALLAH juga akan berbaik dengan kita..
dan apa yang paling penting ialah...
KERJASAMA...
yang akan membawa keharmonian dan kebahagiaan hidup..
di dunia dan akhirat...

Tuesday, December 7, 2010

Permulaan yang baik...



Assalamualaikum....



Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam di dunia..
Tercapai ke azam tahun lepas?
Semoga segala azam tahun lepas sudah tercapai..
Mana2 yang masih belum tercapai tue usahakn untuk dicapai di tahun ini..
Dan apa pula azam baru tahun nie??

Bagi diriku semoga kehidupan tahun ini lebih bermakna..
semoga ada rezeki kami tahun nie..
rezeki dari segi kewangan, zuriat, kasih sayang dan keimanan padaNYA..

Sempena sambutan maal hijrah DUN BUKIT BARU ada mengadakan aktiviti untuk penduduk setempat..
TREASURE HUNT GO to GREEN..
ada 15 soalan..
memang la mencabar minda..
ada juga yang tak masuk diakal jawapannya..
tapi itu lah yang dinamakan logik akal..
kreativiti berfikir..
dan segala penat lelah sangat la berbaloi..
kami dapat tempat ke-4..
tak sia2 pergi..
walaupun penat tapi sangat la seronok..




muka penat..nasib baik la cuaca tak panas..



hadiah kami..rice cooker & iron



p/s: semoga rezeki permulaan tahun ini akan mengubah kehidupan kami ke arah yang lebih baik...




Thursday, December 2, 2010

Lega sudah..



Assalamualaikum...



Alhamdulillah selamat dah menghadiri temuduga pegawai pendidikan pengajian tinggi semalam..sebelum pergi memang la sangat2 berdebar..samoai tak tertelan mee goreng waktu bersarapan..tapi bila dah masuk bilik temuduga hilang semua rasa gemuruh tue..jawab je la semua soalan yang ditanya..walaupun tak berapa nak tau hentam je la..yang penting idea tu logik dan cara kita bercakap mestilah dengan yakinnya..

sekarang ni tinggal berserah je padaNYA..mudah2an ada rezeki aku nanti..tak mau la aku jadi penganggur yang terpelajar lama2..bosan dah menghadap benda yang sama setiap hari..

p/s: tak sabar nak merantau tempat orang..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails