Tuesday, May 18, 2010

pokok Gelenggang



pokok gelenggang ialah sejenis pokok mudah didapati di kawasan yg berair seperti di tepi parit dan sungai..pokok ini biasanya mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki..bunganya berwarna kuning dan daunnya diliputi seperti lilin sebelum bunganye berkembang..daunnya akan tertutup pada waktu malam..buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat..

..sumber gambar adalah persendirian.di tanam di belakang umah..


Daun gelenggang ni digunakan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau, kurap, ulat air dijari kaki, dan gatal2..cara penggunannya ialah ambil pucuk daun, diramas dan kemudian gosok di tempat yg berpenyakit..InsyaALLAH penggunaan kerap dapat menyembuh penyakit2 yg disebut tadi..kiat akan rase sedikit pedih apabila menggunakannya..selain itu juga ia dapat dijadikan penawar gigitan serangga..ini hanya untuk kegunaan luar sahaja..Herba ini telah digunakan secara tradisional sejak zaman berzaman..



p/s: kepada sesiapa yg berminat untuk dapatkn benih @ herba boleh la berhubung dgn saye yerk.

4 comments:

M a W a D D a H said...

first time dengar nama pokok nie...

Syikin said...

ha 2 la..meh la kite berkenalan dgn pokok2 herba..

Anonymous said...

baru tau.....
tq info ini..

Anonymous said...

Salam..
boleh sy thu mcm mn cara untuk menanam pokok gelenggang dgn cara keratan dahan..?

Post a Comment

nak kritik?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails