Thursday, June 3, 2010

..Info mencegah kanser..





Setiap hari aku akan bace surat khabar..dan semalam aku baca 1 info yang sangat menarik dari Harian Metro untuk kita kongsi bersama..KAEDAH MENCEGAH KANSER..bila sebut je pasal kanser..sume orang akan jadi takut..kanser menjadi pembunuh kedua selepas kemalangan jalan raya di negara kita..Menurut Persatuan Kanser Amerika Syarikat dalam tahun 2004, lebih dari 150 000 orang mati akibat kanser. Ini bermakna 1 500 orang mati dalam masa 1 hari akibat kanser..Sangat menakutkan..Lebih2 lagi kita ni orang perempuan..macam2 penyakit mudah menyerang kita..aku yang masih muda pun dah ade penyakit..nasib baik dapat kesan awal..kalo x mesti dah jadi kanser gak..NAUZUBILLAH..

Namun berita baik mengenai kanser, ia mampu dicegah..Berikut adalah langkah2 dalam usaha mencegah bahaya kanser.. Panduan ini telah dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia..

ikhsan dari Mr. Google


pertama : pilih diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan sayur2an, buah2an kekacang dan kurangkan makanan berkanji yang diproses.

kedua : Dapatkan berat badan ideal. Elakkan dari kekurangan atau berlebihan berat badan. Elakkan kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko tinggi untuk menghidapi kanser.

ketiga : Lakukan senaman ringan ketika anda melakukan kerja di pejabat.. Jangan terlalu lama duduk tanpa melakukan sebarang aktiviti senaman ringan..memadai dengan berjalan sebentar..

keempat : Lebihkan hidangan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran..Makanan ini melindungi daripada kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, payudara, hempedu, dan pankreas.

kelima : Kurangkan pengambilan makan bergula dan gula yang diproses.Lebihkan makanan daripada 7 hidangan terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi..
keenam : Hadkan pengambilan daging merah dan seelok-eloknya pilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan.

ketujuh : Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana dan hadkan pengambilan makanan berlemak terutama dari sumber haiwan..

kelapan : Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan kurangkan garamdalam masakan.. gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa..

kesembilan : Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat kerana aflatokesin dan mikroorganisma dalam kulat boleh mengundang bahaya kanser hati..

kesepuluh : Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk.. ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan keperluan garam sebagai pengawet sekaligus mengurangkan risiko kanser perut..

kesebelas : Kurangkan makanan yang disalai..makanan salai terutama daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan kanser..

keduabelas : Jangan merokok atau mengunyah tembakau..Berhentilah merokok kerana ia banyak mendatangkan mudharat kepada kesihatan anda..

ketigabelas : Tidak perlu diet supplemen bagi yang patuh semua saranan di atas.. para penyelidik juga tidak menyaranakan pengambilan supplemen sebagai usaha mencegah kanser kerana suplemen yang menggabungkan pelbagai kombinasi dan dos belum dijamin berkesan..


Sama-sama la kita mencegah daripada diserang kanser..MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..Bila dah sakit duit banyak pun dah x guna..hargailah kesihatan anda semua..renung-renungkan..selamat beramal..hehe..


sumber: Dipetik dari Harian Metro keluaran 2 JUN 2010 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


2 comments:

DALILA said...

cegah sebelum mengubati..

tapi..
bila ada makanan banyak2 diletakkan depan aku..rugi nak mencegahnya..hahaha

thats y aku dah gemuk sangat dah ni..

Syikin said...

eleh ko..kurus kering tp kate gemuk..gemuk ckit la bru bntuk bdn cntik..xde la kurus sgt..

Post a Comment

nak kritik?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails